Selasa, 11 November 2014

story of my life (4)


“assalamualaikum wbt,adik-adik sekalian...”
“waalaikumussalam wbt kakak...” jawab kami semua .
 setiap pagi kami akan berada di dewan utama untuk senam robik dan melakukan aktiviti pagi tetapi muslimat sahaja. Muslimin tak tahu buat dekat mana , dekat padang kot rasanya .

 “ok adik-adik. Sebelum melakukan aktiviti pagi, seperti biasa kita bersihkan dahulu dewan ni k? Then, baris memanjang mengikut kumpulan alright ?”
Semua peserta pun memulakan tugas membersihkan dewan. Kami apa lagi, pantang ada masa terluang mesti jumpa. Kami kutip sampah sama2 . haha

“eh, Ana. Ambil tu nametag, peserta punya tu” aku menunjukkan nametag yg dimaksudkan kepada Ana. Siapa punya la tu, cuai sungguh. Benda sekecil pun tak pandai nak jaga ke ?
aku pergi kea rah Ana untuk melihat nama empunya nametag.

“cuba aku tengok” akupun melihat nama yg ada terdapat dalam nametag org tu. Terus aku merampasnya daripada pegangan Ana .

Tertera nama FARHAN di situ . Paan ? dia punya ke ni? Aku belek belakang tertera no 9 . maksudnya org tu kumpulan 9. Haa ??!! kumpulan 9? Biar betik? Same with me laa. Patutlah dia duduk sebaris dgn aku dekat dewan utama semalam . rupanya kami sama kumpulan. Fuhh, nasib muslimin dan muslimat tak gabung kumpulan. Syukur, syukur . kalau gabung , conform sejuk satu badan aku . haha

“wehh , kau ni . aku pun nak tengok juga. “ rungut Ana
“Paan,,, Paan yg punya derr. Unbelieveable”
“ha? ohmyGod , biar btul? Wehh , bak sini. Biar aku yg bg balik”
“ehh, no no. Biar aku” jawabku. Cehh, mcm aku berani .
“ehhhh, aku yg jumpa nametag tu”
“alaa.. Ana,, please “ pujuk ku .
“yelaa, yelaa. Aku main2 jer tadi.”
“hehe. Thanks derr.”
“elleh, suka lettew. Okok. No problema”


Selesai kami membersihkan dewan , kami pun berbaris mengikut kumpulan seperti yg diarahkan kakak faci. Sebelum memulakn senam robik, seperti biasa kami akan melagukan Asmaul Husna terlebih dahulu. Dan jujur, aku memang tak hafal masa ni. Malu , aku sebagai umat yg bergelar Islam dan yg bertuhankan Allah tidah menghafal Asmaul Husna. Allahu... aku tak hafal nama2 Allah aku sendiri.
Tp, Alhamdulillah sekarang ni aku telah pun mengahafal Asmaul Husna dan tengah mencuba untuk mengetahui dan mengahafal maksud nama-nama Allah ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan