Assalamualaikum wbt,
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kpd kita
nikmat iman dan islam.
Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , ahli
keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa shj yg mengikuti jejak
langkah mereka sehingga hari kiamat.
Selepas dapat inspirasi dari seseorg, aku
bercadang untuk membuat sebuah novel/cerpen karya aku sendiri. haha :D
memandangkan aku pun suka juga baca novel-novel. so sedikit sebanyak dapat
membantu aku untuk menyiapkan penulisan aku ni.
penulisan aku ni merupakan kisah hidup aku
sendiri. cerita yang benar-benar berlaku sepanjang beberapa bulan ni sehingga
sekarang ini. bermula cerita aku ni dari hujung bulan 5 , time aku dan sahabat2
aku mengikuti satu program islamik dan kemudian berlanjutan sehingga sekarang.
mungkin terselit juga beberapa throwback dlam penulisan ku ni.
memang, aku sendiri pun tak sangka. banyak
keajaiban yg berlaku sepanjang tahun. banyak benda2 yang aku tak pernah pun
terfikir akan berlaku dalam hidup aku. and I called it as a 'MIRACLE'.
disebalik ujian dan dugaan yg kita hadapi
penghujung pasti ada sebuah keindahan yg
kita akan kecapi
disebalik penantian yg kita nantikan
diakhirnya pasti akan ada keajaiban :)
Allah maha Mengetahui apa yg terbaik untuk
hamba2nya
so, kena redha dan sabar sahaja jika apa
yg kita nakkan tak dapat.
DIA pasti akan menggantikan dgn yg lebih
baik lagi :)
so, keep calm and believe in Allah :)
semoga kalian sudi membaca penulisan sya
yg tak seberapa ni. dan semoga juga dapat sedikit manfaat drpd penulisan sya
ni.
Penulisan ku untuk mu : Story of My Life
^^v
Tiada ulasan:
Catat Ulasan