Selasa, 11 November 2014

story of my life (1)


“Alhamdulillah . weh , tak sangka dapat juga kita join kem islamik ni” kata Dayana dengan penuh semangatnya sambil masuk ke dalam bilik yg di sediakan .
“iya derr. Tak sia-sia aku nangis hari tu sebab ingatkan habis boring sudah. Haha” balas ku
“wehh , cepat . kita mau pergi mendaftar dekat kantin sekarang ni”
“okay , Kak !” kata kami serentak.

Selesai mendaftar kami di kehendaki untuk berkumpul di dewan utama untuk briefing tentang kem ni.
“assalamualaikum wbt , adik-adik yg di kasihii sekalian . sekarang kita dalam KEM REMAJA ISLAMIK. Kem ni kami buat khas untuk remaja sahaja.....”

Kami di beritahuu tentang tujuan , peraturan-peraturan , syarat-syarat dan bnyak lagi untuk kem islamik ni. Setelah semua selesai , kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan, dan aku pun berpecah dengan geng aku .
ohya , yang mengikuti kem ni terdiri daripada banyak sekolah . so, bnyak lah kawan baru yg aku dapat juga . tp, tak serapat dengan geng aku lah. Then, kami dikehendaki untuk membersihkan diri dan sedia untuk solat Zohor dan kemudian pergi ke dewan untuk makan tengah hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Zul, Zul”
“apo dio, Jah” balas ku sambil berbaris untuk mangambil makanan .
“ada si Farhan la derr.” Balasnya.
“Farhan ? Paan?” tanyaku ...
“iya lah , siapa lagi” balasnya.
‘biar betik, dia ikut kem ni juga ka?’ soal ku sndiri dengan muka tak percaya.
“kau dah kenapa ni Zul?” soal Dayana
“err.. tiada apa apa la Day. Hheehe” balas ku dgn muka yg senyum-senyum kambing.

Dayana, Kak Risy, Ana dan Ika telah pun duduk dan bersedia untuk makan . aku & Izah masih lagi dalam barisan untuk mengambil makanan.

“weh , kau biar betul dia ada ikut kem ni?”
“ya Allah , . budak ni . orangg bagitahuu tak nak percaya pulak . aku tengok dengan mata kepala aku sendiri la Zul. Jap eh, aku cari dia..” balas Izah sambil mencari dan memerhati dewan makanan di bahagian muslimin.

Dewan makan muslimin dan muslimat bersebelah sahaja dan dipisahkan dengan dinding. Tp, ada dua  buah pintu .

“ha..  tu dia “ sambil menunjuk kearah seorang muslimin.
“wehh , senyap la sikit . nasib tak ada yg perasan kau teriak tadi.” Jawabku tegas sambil melihat orang yg di maksudkan Izah .
‘Erkk :/ yalaa .. dia , dia yang bernama Farhan Mirza. Mcm tak boleh percaya dia ada dekat sini’ bisik ku . kini , jantung yg tadi nya rilex menjadi semakin cergas seakan akan ingin meloncat keluar .

‘Alhamdulillah . terima kasih ya Allah , kau telah memilihnya untuk join program islamik yg sebegini . aku sangat bersyukur pada mu ya Allah , kau telah makbulkan doa ku selama ini.’ Aku berdoa dalam hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan