Khamis, 13 November 2014

My penulisan :)

Assalamualaikum wbt,


Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kpd kita nikmat iman dan islam.
Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w , ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan sesiapa shj yg mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat.

Selepas dapat inspirasi dari seseorg, aku bercadang untuk membuat sebuah novel/cerpen karya aku sendiri. haha :D memandangkan aku pun suka juga baca novel-novel. so sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk menyiapkan penulisan aku ni.

penulisan aku ni merupakan kisah hidup aku sendiri. cerita yang benar-benar berlaku sepanjang beberapa bulan ni sehingga sekarang ini. bermula cerita aku ni dari hujung bulan 5 , time aku dan sahabat2 aku mengikuti satu program islamik dan kemudian berlanjutan sehingga sekarang. mungkin terselit juga beberapa throwback dlam penulisan ku ni.

memang, aku sendiri pun tak sangka. banyak keajaiban yg berlaku sepanjang tahun. banyak benda2 yang aku tak pernah pun terfikir akan berlaku dalam hidup aku. and I called it as a 'MIRACLE'.

disebalik ujian dan dugaan yg kita hadapi
penghujung pasti ada sebuah keindahan yg kita akan kecapi
disebalik penantian yg kita nantikan
diakhirnya pasti akan ada keajaiban :)

Allah maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba2nya
so, kena redha dan sabar sahaja jika apa yg kita nakkan tak dapat.
DIA pasti akan menggantikan dgn yg lebih baik lagi :) 

so, keep calm and believe in Allah :)

semoga kalian sudi membaca penulisan sya yg tak seberapa ni. dan semoga juga dapat sedikit manfaat drpd penulisan sya ni.

 

Penulisan ku untuk mu : Story of My Life ^^v


Selasa, 11 November 2014

story of my life (4)


“assalamualaikum wbt,adik-adik sekalian...”
“waalaikumussalam wbt kakak...” jawab kami semua .
 setiap pagi kami akan berada di dewan utama untuk senam robik dan melakukan aktiviti pagi tetapi muslimat sahaja. Muslimin tak tahu buat dekat mana , dekat padang kot rasanya .

 “ok adik-adik. Sebelum melakukan aktiviti pagi, seperti biasa kita bersihkan dahulu dewan ni k? Then, baris memanjang mengikut kumpulan alright ?”
Semua peserta pun memulakan tugas membersihkan dewan. Kami apa lagi, pantang ada masa terluang mesti jumpa. Kami kutip sampah sama2 . haha

“eh, Ana. Ambil tu nametag, peserta punya tu” aku menunjukkan nametag yg dimaksudkan kepada Ana. Siapa punya la tu, cuai sungguh. Benda sekecil pun tak pandai nak jaga ke ?
aku pergi kea rah Ana untuk melihat nama empunya nametag.

“cuba aku tengok” akupun melihat nama yg ada terdapat dalam nametag org tu. Terus aku merampasnya daripada pegangan Ana .

Tertera nama FARHAN di situ . Paan ? dia punya ke ni? Aku belek belakang tertera no 9 . maksudnya org tu kumpulan 9. Haa ??!! kumpulan 9? Biar betik? Same with me laa. Patutlah dia duduk sebaris dgn aku dekat dewan utama semalam . rupanya kami sama kumpulan. Fuhh, nasib muslimin dan muslimat tak gabung kumpulan. Syukur, syukur . kalau gabung , conform sejuk satu badan aku . haha

“wehh , kau ni . aku pun nak tengok juga. “ rungut Ana
“Paan,,, Paan yg punya derr. Unbelieveable”
“ha? ohmyGod , biar btul? Wehh , bak sini. Biar aku yg bg balik”
“ehh, no no. Biar aku” jawabku. Cehh, mcm aku berani .
“ehhhh, aku yg jumpa nametag tu”
“alaa.. Ana,, please “ pujuk ku .
“yelaa, yelaa. Aku main2 jer tadi.”
“hehe. Thanks derr.”
“elleh, suka lettew. Okok. No problema”


Selesai kami membersihkan dewan , kami pun berbaris mengikut kumpulan seperti yg diarahkan kakak faci. Sebelum memulakn senam robik, seperti biasa kami akan melagukan Asmaul Husna terlebih dahulu. Dan jujur, aku memang tak hafal masa ni. Malu , aku sebagai umat yg bergelar Islam dan yg bertuhankan Allah tidah menghafal Asmaul Husna. Allahu... aku tak hafal nama2 Allah aku sendiri.
Tp, Alhamdulillah sekarang ni aku telah pun mengahafal Asmaul Husna dan tengah mencuba untuk mengetahui dan mengahafal maksud nama-nama Allah ni. 

story of my life (3)



“wehh , kau ni .. angan-angan engkau dah sampai dekat tandas rasanya . haha” tegur Izah , membangunkan aku dari di buai kenangan yg lalu :’)
“hishh , diam la kau. Sebok jak” jawabku rilex.
“ellehh ,tahulah ada Mr.Crush engkau dekat sini ..”
Laju kaki ku meninggalkan Izah. Malas nak layan budak sorang tu . hahaha

Aku lupa intro sahabat-sahabat aku aka geng aku
Kak Risy, dia senior kitaorang. Form 5, spm candidate this year. Aku kenal semenjak aku ikut usrah beberapa bulan yg lepas, rasanya bulan 3 kot. Kak Risy ni seorang yg friendly, dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Baik & juga dia ni seorang yg fesyenista tp still menjaga aurat .
Izah, Dayana, Ana & Ika merupakan kawan sekelas aku . kami bersama sejak form 1 lagi. Sekarang kami di tingkatan empat , kitaorang ambil aliran sains . dan kami merupakan batch pertama SPM  yg tiada kertas 3 bagi subjek fizik, bio & kimia sebab telah di gantikan dengan ujian amali. Ohmyy , macam mana lah tu ehh . harap senanglah dapat markah. Doakan kami.

Ukhuwah kami semakin erat semenjak ikut usrah ni . tahu tak apa yg di maksudkan dengan usrah ?
Usrah bermaksud keluarga. Terdapat tiga rukun usrah :
1) taaruf , yg bermaksud berkenal kenalan . kita berkenal kenalan antara satu dengan yang lain bagi mengeratkan lagi ukhuwah kita.
2) tafahum, yg bermaksud faham memahami. Selepas kita berkenalan antara satu dengan  yang lain, kita mencuba untuk saling memahami antara ahli usrah yang lain.
Dan yang terakhir ,
3) takaful, yang bermaksud tolong menolong. Setelah kita berkenalan kemudian memahami , kita mestilah saling tolong menolong.
Semua ni dapat mengeratkan lagi hubungan antara umat islam yang ada di muka bumi ini.

Usrah ni, boleh diibaratkan seperti
“seseorang yang tengah mencangkul tanah. Mereka nampak pada zahirnya, namun mereka tidak tahu sebenarnya orang itu sedang membina batas.
Begitu juga dengan usrah. Mereka nampak kita berhimpun, berbincang, tetapi mereka tidak tahu kita sedang membina semula Islam dalam diri kita”

Sebenarnya banyak kelebihan usrah ni , nak rasa kelebihannya ? pergi usrah. Senang cerita , walaupun hanya terpaksa pada awalnya jika kita istiqomah perkataan ‘terpaksa’ confirm akan hilang. Trust me
J saya dah lalui semua tu .
Okay, back to the topic. Dah jauh tersasar ni . hahaha
Dari situ lah ikatan ukhuwah kami ni terbentuk , dan InsyaAllah takkann terputuskan dek masa . InsyaAllah merekalah sahabat aku dunia dan akhirat . aku sentiasa berdoa agar kami sama-sama menjejakkan kaki ke SyurgaNYA. Amiin

‘I met them as a stranger
took them as my friends
I hope we'll meet in Heaven
Where friendship never ends..’
Ukhuwah fillah till Jannah ..

Sebelum tu , aku nak kongsi lagi sesuatu tentang persahabatn ni.

“pada hari itu (sahabat-sahabat karib);
sesetengah akan menjadi MUSUH kepda sesetangah yang lain,
kecuali orang-orang yang perSAHABATannya berdasarkan TAKWA (iman dan amal soleh)”
[Az-Zukhruf:67]


Faham tak apa maksud ayat tu ? macam ni, simple jak.
kita ada bestfriends di dunia, tp bestfriends kita tu tidak membawa kita mengejar akhirat malah dia membutakan mata kita dengan keindahan dunia.ya, memang bestfiends. Tp, maaf. Untuk di dunia sahaja. Di akhirat kelak? Mereka inilah yg akn menjadi musuh antara satu sama lain.
tetapi bila mana kita bersahabat dengan seseorang yg membawa kita mengejar akhirat ataupun mendekati SyurgaNYA, itu merupakan sahabat kita dunia akhirat . DUNIA & AKHIRAT .

 So, the conclusion is..  kita kenalah pandai memilih kawan . pilih kawan yang dapat membimbing kita untuk mendekatkan diri dengan syurgaNYA, bukan neraka. Tp, jangan sampai taknak kawann dengan kawan  yg telah terpedaya dengan dunia. Kalau boleh bawa mereka bersama kita,kita yang membimbing mereka. Memang oayanh pada awalnya , tapi dipenghujungnya kelak kita sama-sama dapat kemanisan syurgaNYA . insyaALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

story of my life (2)

Throwback..

Setahun yang lepas, aku , Izah dan Ana mengikuti satu pertandingan yang di adakan di sebuah sekolah . kami wakil daripada sekolah kami.

Sedang aku duduk bersama mereka , aku terlihat satu kumpulan peserta yang sedang mengambil gambar beramai-ramai. Then , aku TERnampak seorang lelaki ni , dia lah. Di sebelahnya tu kawannya , yang tu aku kenal . bukan kenal dia lah, tp kenal adiknya .
Aku pun perhatikan dia, tp dia tak perasan aku perhatikan dia . aku buat persoalan sendiri tentang dirinya .

dia tu , handsome ? bolehlah . baik ? maybe . dia jenis yang cool & tidak terlalu bergaul dengan perempuan . ok la tu . tahap keimanan? Itu aku tak tahu . Hanya Tuhan yang tahu. Yg aku maksudkan macam ni , dia ni solat ka? Jaga ikhtilat ka? Dan yg sewaktu dengannya lah .

Dari situ lah aku jatuh minat dan cuba cari tahu pasal dia.  Di situ aku mula menjadi stalker , kalah detective conan . totally spy pun kalah ohh . haha. Aku jadi Detective Zulaikha. Ha ha
Masa ni aku masih jahil lagi .

Lepas balik dari pertandingan tu , aku tanya lah seorang kawanku tentang kawan c Paan tu .
“Liz, kau kenal ka abg si Fahmi tu? Fahmi budak form 2 tu. abgnya ,form 4 . kenal?” tanyaku
Dia pun bagitahu la aku apa nama fb kawan c Paan tu . nama kawannya tu si Firman . so aku add lah dia then tnya siapa c Paan ni . dia pun bagi lah aku nama fb nya. Happy bukan main aku time tu , hanya Tuhan yang tahu . aku pun add lah . dari nama fbnya tu , aku tahu sudah apa namanya . tp bukan full name lah . Farhan. Tu sahaja.
tunggu punya tunggu punya tunggu , tiada dia approve .

 sedih bukan main juga aku , tak lah sampai menangis tp ada sedikit kecewa la. start dari situ aku stop jadi stalker. Aku just let him go.  Setiap hari aku berdoa kepadaNYA agar dia ni seorang yang baik, jaga iman dan yg sewaktu dengannya.

story of my life (1)


“Alhamdulillah . weh , tak sangka dapat juga kita join kem islamik ni” kata Dayana dengan penuh semangatnya sambil masuk ke dalam bilik yg di sediakan .
“iya derr. Tak sia-sia aku nangis hari tu sebab ingatkan habis boring sudah. Haha” balas ku
“wehh , cepat . kita mau pergi mendaftar dekat kantin sekarang ni”
“okay , Kak !” kata kami serentak.

Selesai mendaftar kami di kehendaki untuk berkumpul di dewan utama untuk briefing tentang kem ni.
“assalamualaikum wbt , adik-adik yg di kasihii sekalian . sekarang kita dalam KEM REMAJA ISLAMIK. Kem ni kami buat khas untuk remaja sahaja.....”

Kami di beritahuu tentang tujuan , peraturan-peraturan , syarat-syarat dan bnyak lagi untuk kem islamik ni. Setelah semua selesai , kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan, dan aku pun berpecah dengan geng aku .
ohya , yang mengikuti kem ni terdiri daripada banyak sekolah . so, bnyak lah kawan baru yg aku dapat juga . tp, tak serapat dengan geng aku lah. Then, kami dikehendaki untuk membersihkan diri dan sedia untuk solat Zohor dan kemudian pergi ke dewan untuk makan tengah hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Zul, Zul”
“apo dio, Jah” balas ku sambil berbaris untuk mangambil makanan .
“ada si Farhan la derr.” Balasnya.
“Farhan ? Paan?” tanyaku ...
“iya lah , siapa lagi” balasnya.
‘biar betik, dia ikut kem ni juga ka?’ soal ku sndiri dengan muka tak percaya.
“kau dah kenapa ni Zul?” soal Dayana
“err.. tiada apa apa la Day. Hheehe” balas ku dgn muka yg senyum-senyum kambing.

Dayana, Kak Risy, Ana dan Ika telah pun duduk dan bersedia untuk makan . aku & Izah masih lagi dalam barisan untuk mengambil makanan.

“weh , kau biar betul dia ada ikut kem ni?”
“ya Allah , . budak ni . orangg bagitahuu tak nak percaya pulak . aku tengok dengan mata kepala aku sendiri la Zul. Jap eh, aku cari dia..” balas Izah sambil mencari dan memerhati dewan makanan di bahagian muslimin.

Dewan makan muslimin dan muslimat bersebelah sahaja dan dipisahkan dengan dinding. Tp, ada dua  buah pintu .

“ha..  tu dia “ sambil menunjuk kearah seorang muslimin.
“wehh , senyap la sikit . nasib tak ada yg perasan kau teriak tadi.” Jawabku tegas sambil melihat orang yg di maksudkan Izah .
‘Erkk :/ yalaa .. dia , dia yang bernama Farhan Mirza. Mcm tak boleh percaya dia ada dekat sini’ bisik ku . kini , jantung yg tadi nya rilex menjadi semakin cergas seakan akan ingin meloncat keluar .

‘Alhamdulillah . terima kasih ya Allah , kau telah memilihnya untuk join program islamik yg sebegini . aku sangat bersyukur pada mu ya Allah , kau telah makbulkan doa ku selama ini.’ Aku berdoa dalam hati.

Isnin, 27 Oktober 2014

- Hargai aku -

Terlalu penat menjaga hati mereka
Terlalu letih menjaga perasaan mereka
Sedang hatiku merana
Perasaan ku terbiar luka
Terlalu banyak benda yg aku tangisi
Sehingga air mata tak bisa keluar lagi
Maaf jika nanti aku mengasingkan diri
Sakit hati aku tak dpt ditampung lagi
Maaf jika kelak aku menjauhkan diri
Aku cuma ingin menyendiri
Hanya aku dan ilahi
Untuk mengubati hati yg telah banyak disakiti 

Kau sahabat, kau teman ku :')


Jumaat, 24 Oktober 2014

- Si Pemilik Hati -


Jangan terlalu m'harapkan apa yg kita harapkan
Kelak apa yg kita harapkan tak dapat
Putus harapan lah jadinya

Jangan terlalu mengharapkan seseorg yg belum pasti untuk kitaJangan terlalu letakkan dia di dalam hatiKelak kita kecewaSakitnya sampai ke hati 

Letakkan Allah satu-satunya nya dalam hati kitaDia pemilik mutlak hati-hati kitaBiar Dia yg menentukanDgn siapa Dia nak pinjamkan hati kitaKalau nak si diaMinta dgn tuan punya hati kita dgn Doa.
Doa doa doa..
Dia pemilik hati 
 tiada dihati selain Allah